Thursday, 27 October 2011

LATEST INFO 7: Ulasan Panel Konvensyen Kualiti ke 15 KPJ Healthcare Berhad

Ulasan Panel Penilai Konvensyen Kualiti ke 15
KPJ Healthcare Berhad
Tarikh: 14 Oktober 2011
Tempat : PERSADA Johor

A.     Ulasan Persembahan Innovatif and Creative Circle (ICC)

Secara keseluruhannya, didapati kumpulan yang membuat persembahan telah dapat melakukannya dengan baik dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun bagi meningkatkan lagi teknik persembahan serta kaedah penyelesaian masalah supaya lebih berkesan beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan seperti berikut:


1.      Masa yang diperuntukkan untuk membuat persembahan bagi kriteria Pengenalan (Introduction) tidak perlu ambil masa yang lama iaitu sekitar 2 minit sahaja.
2.      Pemilihan masalah harus dilakukan dengan jelas berdasarkan latar belakang masalah, data berkaitan masalah perlu ditunjukkan. Kaedah bagaimana data dikumpul juga perlu diterangkan.    
3.      Terangkan kaitan masalah yang dipilih dengan Objektif/Fungsi Organisasi/  Jabatan/Bahagian/Unit dimana iainya boleh dikaitkan.
4.      Penggunaan kaedah analisa 5W&1H perlu diperbetulkan bagi membolehkan pemerhati (audience) lebih faham akan projek tersebut. Penggunaan kaedah tersebut terutamanya pertanyaan What? perlu diperbanyakkan agar masalah yang didefinisi menjadi lebih jelas.
5.      Sasaran projek kumpulan mestilah ditentukan berdasarkan kepada data masalah tersebut ,oleh itu kumpulan mesti dapat menunjukkan data masalah pada peringkat Pemilihan atau Latar Belakang Masalah. Justifikasi penetapan sasaran juga perlu diterangkan.  
6.      Didapati persembahan kumpulan diperingkat Analisa Punca Masalah adalah berkesan iaitu kumpulan dapat melakukan teknik verifikasi punca masalah untuk menentukan punca paling mungkin (root cause). Walau bagaimanapun, penambahbaikian dari segi validasi iaitu bukti (evidence) tidak dapat ditunjukkan samada punca tersebut punca paling mungkin atau tidak. Teknik validasi perlu dipertingkatkan lagi oleh setiap kumpulan.
7.       Cadangan Penyelesaian yang dikemukakan oleh kumpulan mestilah menjurus kepada idea berbentuk kreatif dan inovatif ianya boleh dikategorikan kepada inovasi proses, inovasi produk dan breakthrough iaitu ciptaan baru. ICC adalah salah satu platform yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi membolehkan kumpulan menyumbang idea-idea bernas dan kreatif dalam menyelesaikan masalah ditempat kerja dan akhirnya akan dapat membantu organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
8.      Kumpulan mesti dapat menunjukkan terdapatnya kelulusan daripada pihak pengurusan sebelum cadangan penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan.
9.      Kumpulan mesti dapat menerangkan bagaimana untuk melaksanakan cadangan tersebut, Carta Perbatuan Pelaksanaan Cadangan serta langkah-langkah pelaksanaan cadangan tersebut.
10.   Data berkaitan masalah selepas pelaksanaan cadangan perlu ditunjukkan bagi tujuan pemantauan berbanding dengan sasaran projek. Ini penting untuk menentukan samada pelaksanaan tersebut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan
11.  Penyeragaman diperingkat Jabatan/Unit dimana projek tersebut dilaksanakan mesti dapat ditunjukkan sebagai contoh perubahan dari segi SOP, Arahan Kerja(WI) dan proses kerja. Sekiranya pelaksanaan cadangan tersebut telah digunakan sebagai penandaarasan (benchmark) oleh jabatan, cawangan atau diluar organisasi ianya menjadi salah satu kaedah penyeragaman tertinggi dalam pelaksanaan ICC.
12.   Kumpulan harus dapat menunjukkan hasil pencapaian daripada projek yang dilaksanakan terutamanya impak terhadap pengurangan kos operasi atau keuntungan syarikat, penjimatan masa dan tenaga kerja, kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran serta penghargaan yang diperolehi daripada pihak yang berkaitan dengan projek yang dilaksanakan.


B.       Lukisan Poster (Hand dan print)
1.      Lukisan yang ditunjukkan mestilah berkaitan dengan tema yang diberikan.
2.      Idea yang ditampilkan ada kaitan dengan organisasi
3.      Penggunaan warna yang menarik dan sesuai
4.      Mudah faham maksud yang ingin disampaikan

C.      Lukisan Poster (Saintifik)
1.      Penyelidikan adalah oleh kumpulan sendiri
2.      Projek adalah berkaitan dengan fungsi organisasi/jabatan/bahagian
3.      Proses yang ditunjukkan mengikut metodologi yang bersesuaian
4.      Idea dan pelaksanaan dapat dikembangkan/di’benchmark’
5.      Impak kepada organisasi ditunjukkan
6.      Warna dan susunan adalah menarik

D.     Suggestion Scheme
1.      Masa yang diberikan untuk persembahan diikuti
2.      Persembahan yang menarik
3.      Penerangan jelas berkaitan masalah termasuk data awal serta sasaran projek  dapat ditunjukkan
4.      Idea mengatasi masalah dapat ditunjukkan dan terdapat unsur-unsur kreatif dan inovatif
5.      Model atau video berkaitan cadangan ditunjukkan dan diterangkan
6.      Impak projek kepada organisasi seperti pengurangan kos operasi, masa, tenaga kerja dan lain-lain dapat ditunjukkan dan disahkan.


Disediakan Oleh:

Mohd Anuar bin Abdul Karim
Panel Penilai
Konvensyen Kualiti ke-15
KPJ Healthcare Berhad